Menyemai Ihsan,
Membina Masa Depan.
Menyemai Kasih Sayang, Menuai Generasi Cemerlang
Pertubuhan Ihsanku Malaysia komited untuk memastikan setiap anak mendapat peluang yang sama untuk berkembang dan berjaya.
Mengapa Program Ihsan Anak?
Program Ihsan Anak adalah inisiatif holistik yang bukan sekadar memberikan bantuan material, tetapi turut membentuk sahsiah, menyuburkan potensi dan membina keyakinan diri dalam kalangan anak-anak yang kurang bernasib baik. Kami percaya setiap anak, tanpa mengira latar belakang, berhak mendapat pendidikan berkualiti, kasih sayang yang cukup dan peluang untuk membina masa depan yang cerah.
Keperluan Asas
Bantuan Pendidikan
Kesejahteraan Emosi
Pembangunan Diri
Keperluan Asas
Bantuan Pendidikan
Kesejahteraan Emosi
Pembangunan Diri
Komponen Program Ihsan Anak
Empat projek utama yang direka khas untuk memenuhi keperluan menyeluruh golongan sasar kami.
KEPERLUAN ASAS KEHIDUPAN
#1 - Projek Rezeki Anak
Inisiatif bantuan dalam bentuk keperluan asas kehidupan seorang anak yang normal dan sihat. Komponen utama yang wajib dipenuhi bagi menjayakan program keseluruhan.
- Bantuan makanan berkhasiat dan bernutrisi
- Bantuan pakaian dan persekolahan
- Bantuan kesihatan dan tempat tinggal
- Wang saku dan keperluan lain
PEMBANGUNAN KEMPIMIPINAN
#2 - Projek Inspire
Projek jangka panjang yang memfokuskan kepada pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran dalam kalangan penghuni rumah kebajikan dan anak yatim.
- Pembangunan kepimpinan & akhlak Islamiah
- Kemahiran akademik, STEM & literasi digital
- Latihan vokasional & TVET ringan
- Program mentor-mentee
KEPERLUAN ASAS KEHIDUPAN
#3 - Projek Nurani Insan
Projek khas untuk pembangunan anak-anak OKU pembelajaran dari keluarga berpendapatan rendah. Setiap insan memiliki nur yang perlu disuburkan.
- Latihan sahsiah & emosi positif
- Kemahiran hidup & vokasional
- Integrasi komuniti
- Bengkel "Ibu Bapa Teristimewa"
PEMBANGUNAN KEMPIMIPINAN
#4 - Projek Sehat Anakku
Inisiatif crowdfunding khusus bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan dana perubatan tinggi, terutama pesakit kronik dan kritikal.
- Rawatan susulan jangka panjang
- Ubat-ubatan khas
- Pembedahan & terapi
- Rawatan sokongan
Siapa Yang Kami Bantu?
Program ini menyasarkan empat kategori utama kanak-kanak dan remaja berumur 0-21 tahun yang memerlukan sokongan.
Anak Yatim
Kanak-kanak yang kehilangan ibu, bapa atau kedua-duanya dan memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan.
Anak Fakir Miskin
Dari keluarga berpendapatan rendah (B40) yang berjuang untuk memenuhi keperluan asas harian.
Anak OKU
Kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme, sindrom down atau kecacatan fizikal yang memerlukan perhatian istimewa.
Anak Golongan Rentan
Pelarian, mangsa perang, bencana, penderaan, keganasan rumah tangga atau keluarga yang tidak stabil.
Anak-anak Ini Memerlukan Bantuan Anda
Setiap sumbangan anda menjadi harapan baru bagi ribuan anak yatim, fakir miskin, OKU dan golongan rentan di seluruh Malaysia. Mari hulurkan tangan kasih sayang.
Sumbangan Anda Amat Bermakna
Setiap ringgit yang anda sumbangkan dapat meringankan beban mereka
Artikel
Perkongsian bermanfaat untuk kita semua